Kes harian Johor lepasi 1,000

PUTRAJAYA 26 Julai – Johor mencatatkan angka empat digit kes Covid-19 hari ini bersama Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kedah yang merekodkan lebih 1,000 kes jangkitan harian.

Berbanding angka semalam, Selangor, Kuala Lumpur dan Kedah mencatatkan penurunan sementara Johor menunjukkan peningkatan dari 950 kes semalam kepada 1,449 hari ini.

Selangor kekal mendahului kes harian dengan 6,508 berbanding 8,500 semalam, Kuala Lumpur 1,425 (2,045) dan Kedah 1,160 (1,216).

Bagaimanapun Selangor dan Kuala Lumpur masih penyumbang terbesar iaitu 7,933 kes kepada jumlah keseluruhan kes negara yang direkodkan hari ini sebanyak 14,516.

Dua negeri lain yang merekodkan lebih 500 kes adalah Sabah 720 berbanding 818 semalam dan Perak 590 (609).

Related posts

Leave a Comment