Thailand catat dua rekod baharu

BANGKOK 26 Julai – Thailand mencatatkan dua rekod baharu kes jangkitan Covid-19 hari ini apabila merekodkan jumlah kes harian tertinggi 15,376 dan jumlah keseluruhan kes melepasi setengah juta iaitu 512,678.

Jumlah kematian pula 87 orang kurang daripada 129 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,146 kematian.

Daripada 15,376 kes baharu, 14,335 melibatkan penduduk awam (termasuk 14 kes import) dan 1,041 lagi dalam kalangan banduan .

Setakat semalam, 6,782 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital sementara 167,057 sedang mendapatkan rawatan di mana 4,289 dalam keadaan kritikal dan 967 bergantung kepada alat pernafasan .

Mengenai kes kematian pula, ia melibatkan 83 warga Thai dan empat lagi rakyat Myanmar yang umur mereka antara 28 hingga 96 tahun.

Bangkok mendahului dengan 40  kematian diikuti enam masing-masing di Pathum Thani, Nakhon Pathom dan Pattani; dua masing-masing di Samut Sakhon, Krabi, Nakhnon Ratchasima, Ubon Ratchathani, Chachoengsao, Trat, Tak dan Suphan Buri.

Setiap seorang di Nonthaburi, Samut Prakan, Songkhla, Nakhon Si Thammarat, Kalasin, Udon Thani, Chon Buri, Rayong, Sa Kaeo, Kamphang Phet, Sukhothai, Phetchaburi dan Ayutthaya.

Bangkok juga merekodkan kes tertinggi iaitu 2,573 kes, diikuti Samut Sakhon 1,074,  Samut Prakan 970, Chon Buri 867, Nonthaburi 719, Rayong 411,  Chachoengsao 320, Nakhon Pathom 311, Pathum Thani 301 dan 290 di Ayutthaya.

Sebanyak 14 kes import pula melibatkan ketibaan dari Malaysia (10), Kemboja (2iRussia (1) dan Switzerland (1)

Mengikut rekod, sejak gelombang ketiga bermula 1 April, sebanyak 483,815 pesakit dikesan dan 314,049 dilaporkan sembuh dan 4,052 kematian.

Dan sejak kes dikesan tahun lepas, sebanyak 512,678 kes dilaporkan dan 341,475 dilaporkan pulih dan 4,146 kematian.

Related posts

Leave a Comment