Rekod kematian tertinggi

PUTRAJAYA 26 Julai – Angka kematian akibat pandemik Covid-19 hari ini mencecaah 207 orang, jumlah tertinggi setakat ini menjadikan jumlah keseluruhan  8,201 kematian..

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 1,009 pesakit dirawat di ICU dengan 524 daripada mereka masih memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya, jumlah itu daripada 165,840 kes keseluruhan yang masih aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19.

Dr Noor Hisham berkata, kes kematian hari ini membabitkan 184 warganegara dengan 23 lagi warga asing.

Selangor kekal mencatatkan kes kematian tertinggi dengan 57 kes, Kuala Lumpur (52), Johor (24), Kedah (19) dan Melaka (18).

Negeri Sembilan dengan 14 kes kematian, Pahang (tujuh), Sabah (enam), Perak (lima), Pulau Pinang (tiga) dan dua kes di Terengganu.

Related posts

Leave a Comment