135 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 26 Julai – Sebanyak 135 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini yang merangkumi 129 kes tempatan dan enam kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 64,317.

Menurut Kementerian Kesihatan, daripada 129 kes tempatan itu, sebanyak 61 kes  berhubung kait dengan kluster Pelabuhan Perikanan Jurong manakala enam lagi dikaitkan dengan kluster KTV.

Sebanyak 76 jangkitan berhubung kait kes-kes terdahulu yang telah dikenakan kuarantin manakala 25 lagi dikesan menerusi proses pemantauan.

Baki 28 lagi tidak berhubung kait dengan mana-mana kes sebelumnya.

Sementara itu enam kes import telah dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura.

Tiga dikesan sebaik tiba di Singapura manakala tiga lagi mengalami jangkitan semasa menjalani SHN atau pengasingan.

Related posts

Leave a Comment