1,252 kes baharu Arab Saudi

RIYADH 26 Julai – Arab Saudi merekodkan 1,252 kes baharu Covid-19 hari ini dengan 12 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 519,395 kes dan 8,179 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan, seramai 1,299 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 500,426 orang pulih.

Makkah merekodkan kes tertinggi iaitu 316 orang diikuti Riyadh 226, daerah Timur 183 dan Asir 122 .

Kes aktif pula 10,788 di mana 1,424 dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, separuh dari penduduk telah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin dan 20 peratus penduduk lengkap dua dos.

Related posts

Leave a Comment