Kes sembuh atasi jangkitan

JAKARTA 26 Julai – Kes sembuh yang direkodkan di Indonesia hari ini mengatasi jumlah kes positif Covid-19 yang turut menyaksikan penurunan jumlah kes jangkitan harian.

Sebanyak 40,374 kes sembuh dilaporkan, tertinggi direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 2,549,692 orang sembuh manakala kes positif harian pula sebanyak 28,228.yang menjadikan jumlah kumulatif 3,194,733.

Kes positif hari ini adalah yang terendah dalam beberapa hari ini selepas berlaku lonjakan sehingga mencecah lebih 50,000.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 84,766 apabila 1,487 lagi kematian baharu direkodkan iaitu kes harian tertinggi setakat ini..

Kematian tertinggi direkodkan  di Jawa Timur dengan 371 kes dan kumulatifnya 18.529 kes, Jawa Tengah 270, Jawa Barat 226 , DKI Jakarta 160 dan Yogyakarta 77 kes..

Lima provinsi menambah pesakit sembuh harian tertinggi iaitu Jakarta sebanyak 14,665, Jawa Barat 4.855, Jawa Tengah 4.660, Jawa Timur 4.490 dan Yogyakarta 1.018 orang..

Bagi kes positif pula, Jawa Barat menambah 4.368 kes, Jawa Tengah 4.021,  Jawa Timur 3.157, DI Yogyakarta 2.667 dan DKI Jakarta 2.662 kes

Related posts

Leave a Comment