Kes di Filipina kini 1,555,396

MANILA 26 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 6,664 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,555,396.

Setakat pukul 4 petang, DoH juga mencatatkan, 5,766 kes pesakit sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,473,009 orang atau 94.7 peratus manakala kes aktif pula sebanyak 55,140.

Sebanyak 23 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 27,247 orang.

Sementara itu, setakat petang semalam, sebanyak 17,202,421 dos telah diberikan di mana ia melibatkan 11,113,107 bagi dos pertama dan  6,089,314 untuk dos penuh.

Related posts

Leave a Comment