Indonesia catat 45,416 kes harian

JAKARTA 24 Julai – Indonesia merekodkan 45,416 kes jangkitan Covid-19 hari ini, jumlah yang turun sedikit berbanding 49,509 dan 49,071 yang direkodkan pada Khamis dan Jumaat yang lepas. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 meningkat kepada lebih tiga juta  orang atau lebih tepat 3,127,826 . Dalam tempoh 24 jam, seramai 39,767 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh berbanding 38,988 sebelumnya yang membawa kepada 2.4 juta orang atau lebih tepat 2,471,678 pulih.. Jumlah kematian yang direkodkan hari ini pula adalah 1,415 dengan jumlah kumulatif sebanyak 82,013 orang. Kematian tertinggi  direkodkan Jawa Timur…

Read More

Arab Saudi lapor 1,256 kes

RIYADH 24 Julai – Arab Saudi merekodkan 1,256 kes baharu Covid-19, meningkat sedikit berbanding 1,247 semalam dengan jumlah kematian yang dicatatkan hari ini 14 orang. Menurut Kementerian Kesihatan, setakat ini jumlah keseluruhan kes adalah 516,949 dan kematian pula meningkat kepada 8,155. Dalam tempoh yang sama, seramai 1,155 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kumulatif pulih bertambah menjadi 497,965 orang. Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 280 kes, diikuti wilayah Timur 244,  Makkah 170 dan Asir dengan 150 . Kementerian juga melaporkan sebanyak 10,829 kes aktif dan 1,385 dalam keadaan…

Read More

Warga emas jangan berlengah lagi !

SINGAPURA 24 Julai – “Jangan berlengah lagi !” Itu pesanan Perdana Menteri Lee Hsien Loong ketika bercakap dalam satu video yang menggesa warga emas supaya mendapatkan segera vaksin Covid-19.. Beliau mengingatkan bahawa Covid-19 adalah penyakit berbahaya kepada golongan warga emas, terutama sekali mereka yang menghidap masalah-masalah perubatan seperti kencing manis atau tekanan darah tinggi. “Walaupun anda tidak kerap keluar rumah, anda masih boleh dijangkiti melalui teman-teman atau keluarga anda. “Vaksin ini akan melindungi anda daripada Covid-19. Jangan bimbang, ia sangat selamat,” katanya. Dalam catatan Facebook hari ini yang disertakan dengan…

Read More

Langkah kurang lonjakan kes

PUTRAJAYA 24 Julai – Individu yang positif Covid-19 dan tidak bergejala tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) terlebih dahulu dalam usaha mengurangkan lonjakan kes di Lembah Klang dan beban kepada sistem penjagaan kesihatan. Sebaliknya, Pasukan Petugas Khas Lembah Klang (GKVSTF) mengarahkan mereka  untuk menjalani pengasingan di rumah selama 10 hari. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam),  Dr Chong Chee Keong berkata, kumpulan berkenaan juga perlu melaporkan diri secara dalam talian dengan menggunakan Home Assesment Tools di aplikasi MySejahtera, e-Covid atau SELangkah. Di samping itu, kontak rapat kepada kes…

Read More

Singapura lapor 130 kes baharu

SINGAPURA 24 Julai – Sebanyak 127 kes baharu Covid-19 dalam masyarakat direkodkan setakat pukul 12 tengah hari ini sementara tiga lagi kes import dilaporkan menjadikan jumlah kes harian hari ini 130. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 75 kes berhubung kait dengan kluster Pelabuhan Perikanan Jurong manakala lima lagi berkait dengan kluster KTV. Sebanyak 69 kes berhubung kait dengan kes -kes terdahulu dan dikenakan kuarantin, 29 pula berhubung kait kes-kes terdahulu dan dikesan menerusi pemantauan dan baki 29 tiada kaitan setakat ini. Antara kes yang dilaporkan hari ini termasuk enam warga…

Read More

15,902 kes harian tertinggi

PUTRAJAYA 24 Julai – Kes harian tertinggi Covid-19 kini adalah 15,902 selepas berlaku lonjakan yang mengatasi angka tertinggi sebelum ini 15,573 yang direkodkan semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 996,393. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 26 kes import dilaporkan melibatkan tujuh warganegara dan 19 bukan warganegara. Daripada 15,876 kes tempatan, sebanyak 12,842 adalah kes warganegara (80.9%) dan 3,034 bukan warganegara (19.1%). Beliau juga memaklumkan daripada 15,902 kes harian yang dilaporkan hari ini di mana semasa mereka baharu didiagnosa, sebanyak 260 kes (1.6 peratus) adalah…

Read More

6,216 kes baharu di Filipina

MANILA 24 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini mencatatkan 6,216 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan yang dijangkiti meningkat kepada 1,543,281 orang. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 241 orang dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 27,131 kematian. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 6,778 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah mereka yang pulih adalah 1,461,749 orang atau 94.7 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah kes aktif pula 54,401 atau 3.5 peratus.

Read More

Thailand catat 14,260 kes harian

BANGKOK 24 Julai – Turun sedikit tetapi masih kekal dengan angka 14,000 apabila kes jangkitan Covid-19 yang direkodkan Thailand hari ini sebanyak 14,260 berbanding semalam 14,575. Ini menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 481,967 kes dengan jumlah kematian meningkat kepada 3,930 orang termasuk 119 kematian hari ini. Daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 13,605 kes melibatkan orang awam termasuk 13 kes import dan 655 dalam kalangan banduan. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kematian melibatkan mereka yang berumur antara 30 hingga 94 tahun, purata 66 tahun dan 66 yang meninggal dunia adalah…

Read More

Selangor, KL masih kekal tertinggi

PUTRAJAYA 24 Julai – Selangor dan Kuala Lumpur masih mengekalkan rekod kes tertinggi dengan menjadi penyumbang terbesar kepada jumlah keseluruhan kes harian negeri yang kini mencecah 15,902 berbanding 15,573 semalam. Semalam Selangor merekodkan 7,672 tetapi hari ini turun kepada 7,351 sementara Kuala Lumpur dengan 2,063 naik kepada 2,406 hari ini menjadikan sumbangan dua negeri itu kepada Persekutuan masih tinggi iaitu 9,757 berbanding 9,735 semalam. Kedah dan Johor pula merekodkan lebih 800 kes di mana Johor menambah jumlah dari 722 semalam kepada 804 manakala Kedah mencatatkan 867 kes berbanding 937 semalam.…

Read More