Indonesia catat 45,416 kes harian

JAKARTA 24 Julai – Indonesia merekodkan 45,416 kes jangkitan Covid-19 hari ini, jumlah yang turun sedikit berbanding 49,509 dan 49,071 yang direkodkan pada Khamis dan Jumaat yang lepas.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 meningkat kepada lebih tiga juta  orang atau lebih tepat 3,127,826 .

Dalam tempoh 24 jam, seramai 39,767 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh berbanding 38,988 sebelumnya yang membawa kepada 2.4 juta orang atau lebih tepat 2,471,678 pulih..

Jumlah kematian yang direkodkan hari ini pula adalah 1,415 dengan jumlah kumulatif sebanyak 82,013 orang.

Kematian tertinggi  direkodkan Jawa Timur dengan 356 kes dan kumulatifnya 17.840, diikuti Jawa Tengah 338 (16,550), Jakarta 151  (11.282), Jawa Barat 115 (8.023) dan Yogyakarta 87 (2.867).

Jakarta merekodkan kes positif tertinggi dengan 8,360 kes dan kumulatif 786,880

diikuti Jawa Barat 7.587 (563,767), Jawa Timur 5.699 (272,340), Jawa Tengah 5,465 ( 348.815) dan  Banten 2.328 (102.939).

Sementara lima wilayah yang merekodkan kes sembuh tertinggi adalah Jakarta 14,612 orang dan jumlah kumulatif 702,450,  Jawa Barat 6.709 (426,222), Jawa Timur 4.428 (198.888), Jawa Tengah 4.004 (271,672) dan Yogyakarta 1.094 ( 69,055).

Related posts

Leave a Comment