Kadar kebolehjangkitan 0.91

PUTRAJAYA 23 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam naik semula kepada 0.91 berbanding 0.90 pada hari sebelumnya .

Tujuh negeri merekodkan kadar lebih tinggi tetapi tidak melepasi 1.00 iaitu didahului Terengganu 0.99, Johor 0.98, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.95, Perak 0.94, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.93, Pulau Pinang 0.93, dan Melaka 0.92.

Ini diikuti Pahang dan Selangor yang masing-masing merekodkan 0.91

Tujuh negeri lagi merekodkan di bawah 0.91 iaitu Negeri Sembilan 0.90, Wilayah Persekutuan Labuan 0.89, Kelantan 0.88, Perlis 0.87, Kedah 0.87, Sabah 0.83 dan Sarawak 0.76.

Related posts

Leave a Comment