6,216 kes baharu di Filipina

MANILA 24 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini mencatatkan 6,216 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan yang dijangkiti meningkat kepada 1,543,281 orang.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 241 orang dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 27,131 kematian.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 6,778 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah mereka yang pulih adalah 1,461,749 orang atau 94.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kes aktif pula 54,401 atau 3.5 peratus.

Related posts

Leave a Comment