Thailand catat 14,260 kes harian

BANGKOK 24 Julai – Turun sedikit tetapi masih kekal dengan angka 14,000 apabila kes jangkitan Covid-19 yang direkodkan Thailand hari ini sebanyak 14,260 berbanding semalam 14,575.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 481,967 kes dengan jumlah kematian meningkat kepada 3,930 orang termasuk 119 kematian hari ini.

Daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 13,605 kes melibatkan orang awam termasuk 13 kes import dan 655 dalam kalangan banduan.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kematian melibatkan mereka yang berumur antara 30 hingga 94 tahun, purata 66 tahun dan 66 yang meninggal dunia adalah lelaki.

Sebanyak 114 kematian melibatkan warganegara, dua warganegara Myanmar dan masing-masing satu dari Indonesia, Bangladesh dan Jepun.

Bangkok pula melaporkan kes positif harian tertinggi dengan 2,745 kes diikuti Samut Sakhon (1,054), Samut Prakan (908), Nonthaburi (663), Chon Buri (662), Chachoengsao (385), Rayong (332), Kanchanaburi (294), Pathum Thani  (285) dan Ubon Ratchathani (224).

Dua belas kes import pula melibatkan ketibaan dari United Kingdom (1), Jerman (1), Rusia (1), Kemboja (3) dan Myanmar (6).

Setakat semalam 150,248 orang masih menerima rawatan dan dalam kalangan mereka, sebanyak 4,099 dalam keadaan serius di mana 939 bergantung kepada bantuan alat pernafasan .

Sebanyak 7,637 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 327,789.

Related posts

Leave a Comment