Arab Saudi lapor 1,256 kes

RIYADH 24 Julai – Arab Saudi merekodkan 1,256 kes baharu Covid-19, meningkat sedikit berbanding 1,247 semalam dengan jumlah kematian yang dicatatkan hari ini 14 orang.

Menurut Kementerian Kesihatan, setakat ini jumlah keseluruhan kes adalah 516,949 dan kematian pula meningkat kepada 8,155.

Dalam tempoh yang sama, seramai 1,155 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kumulatif pulih bertambah menjadi 497,965 orang.

Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 280 kes, diikuti

wilayah Timur 244,  Makkah 170 dan Asir dengan 150 .

Kementerian juga melaporkan sebanyak 10,829 kes aktif dan 1,385 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment