Singapura lapor 130 kes baharu

SINGAPURA 24 Julai – Sebanyak 127 kes baharu Covid-19 dalam masyarakat direkodkan setakat pukul 12 tengah hari ini sementara tiga lagi kes import dilaporkan menjadikan jumlah kes harian hari ini 130.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 75 kes berhubung kait dengan kluster Pelabuhan Perikanan Jurong manakala lima lagi berkait dengan kluster KTV.

Sebanyak 69 kes berhubung kait dengan kes -kes terdahulu dan dikenakan kuarantin, 29 pula berhubung kait kes-kes terdahulu dan dikesan menerusi pemantauan dan baki 29 tiada kaitan setakat ini.

Antara kes yang dilaporkan hari ini termasuk enam warga emas berusia 70 tahun dan ke atas yang belum lagi divaksinasi atau baru menerima satu dos vaksin dan berisiko mengalami penyakit serius.

Sementara itu, tiga kes import sudahpun dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Satu kes dikesan semasa ketibaan di sini manakala dua lagi mengalami jangkitan ketika menjalani SHN atau pengasingan.

Singapura setakat ini melaporkan 64,054 kes Covid-19 .

Related posts

Leave a Comment