Selangor, KL masih kekal tertinggi

PUTRAJAYA 24 Julai – Selangor dan Kuala Lumpur masih mengekalkan rekod kes tertinggi dengan menjadi penyumbang terbesar kepada jumlah keseluruhan kes harian negeri yang kini mencecah 15,902 berbanding 15,573 semalam.

Semalam Selangor merekodkan 7,672 tetapi hari ini turun kepada 7,351 sementara Kuala Lumpur dengan 2,063 naik kepada 2,406 hari ini menjadikan sumbangan dua negeri itu kepada Persekutuan masih tinggi iaitu 9,757 berbanding 9,735 semalam.

Kedah dan Johor pula merekodkan lebih 800 kes di mana Johor menambah jumlah dari 722 semalam kepada 804 manakala Kedah mencatatkan 867 kes berbanding 937 semalam.

Beberapa negeri merekodkan lebih 500 kes didahului Sabah yang menunjukkan peningkatan dengan 712 kes berbanding 516 semalam, Melaka 631 (452 semalam), Negeri Sembilan 625 (682), Pulau Pinang 505 (530) dan Kelantan 502 (372).

Perak pula merekodkan 469 (415), Pahang 406 (457), Terengganu 267 (229), Sarawak 261 (461), Wilayah Persekutuan Putrajaya 59 (41) dan Wilayah Persekutuan Labuan 30 (21).

Perlis pula satu-satunya negeri yang merekodkan angka satu digit dengan tujuh kes berbanding tiga semalam.

Related posts

Leave a Comment