Kes positif Indonesia 49,071

JAKARTA 23 Julai – Indonesia merekodkan kes positif baharu Covid-19 sebanyak 49,071 dan kumulatifnya 3,082,410 sementara kes aktif bertambah 8,517 menjadikan jumlah 569,901 kes Angka kesembuhan harian meningkat dari hari sebelumnya sebanyak 36.370 orang dan jumlah kumulatif kesembuhan melebihi 2,4 juta  atau 2.431.911 orang (78,9%).  Jawa Barat merekodkan 8.925 kes positif dengan jumlah kumulatifnya 556.180 kes, diikuti Jakarta 8.033 (778.520), Jawa Timur 6.912 (266.641), Jawa Tengah 4.498  (343.350) serta Banten 2.626 (100.611). Kes sembuh harian tertinggi pula di mana Jakarta 14,442 kes dan kumulatifnya sebanyak 687,838, Jawa Barat 6,875 (419,513),…

Read More

Tawaf wida…

MAKKAH : Jemaah haji mula meninggalkan Makkah petang semalam, iaitu hari kedua Tasyrik selepas menyelesaikan ibadah haji tahun ini. Walaupun ibadah haji, satu daripada lima rukun Islam, berakhir secara rasmi pada hari ini, Jumaat iaitu hari ketiga Tasyrik, jemaah haji dibenarkan keluar sehari lebih awal. Sebilangan besar jemaah haji meninggalkan Makkah pada Khamis. Jemaah yang sebelum itu selesai melontar jamrah, meninggalkan Mina untuk ke Makkah, bagi melaksanakan tawaf wida yang menandakan berakhirnya ibadah Haji.

Read More

Sinovac berkesan tangani Delta

VAKSIN CoronaVac atau lebih dikenali sebagai Sinovac yang digunakan secara meluas, termasuk di negara ini berkesan menangani Covid-19, termasuk varian Delta. Bernama melaporkan, pengeluarnya, Biotech Ltd, berkata meskipun belum ada lagi data tersedia mengenai kesan perlindungannya, kajian membuktikan keberkesanan vaksin itu di beberapa negara seperti Brazil, Indonesia, Chile dan Turki. Jurucakap syarikat, Liu Peicheng, berkata keberkesanannya melebihi 90 peratus terhadap jangkitan parah dan kemasukan ke hospital, malah kadar jangkitan selepas vaksinasi di negara terbabit juga sangat rendah. “Walaupun ada penurunan dalam kesan peneutralannya, vaksin ini tetap efektif terhadap varian Delta,”…

Read More

Arahan hospital guna baricitinib

PUTRAJAYA 23 Julai – Semua hospital sudah diarah menggunakan ubat baricitinib bagi merawat pesakit Covid-19 untuk mencegah peningkatan risiko kesihatan yang lebih meruncing. Menteri Kesihatan,  Dr Adham Baba, berkata ubat anti viral dan anti radang itu berupaya merawat pesakit dan mengelak mereka daripada beralih kepada kategori yang lebih teruk. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah sudah memaklumkan kepada semua hospital untuk menggunakan ubat ini dan peruntukan untuk memperolehnya sudah dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Mohd Shafiq Abdullah. “Kita mempercepatkan penggunaan ubat ini kerana kita yakin keberkesanannya dapat…

Read More

Lonjakan kes 13,000 ke 15,000

PUTRAJAYA 23 Julai – Sekali lagi berlaku lonjakan kes apabila angka jangkitan hari ini terus ‘melompat’  ke angka 15,000 selepas merekodkan 13,034 kes semalam. Sebelum ini, pada 15 Julai lalu, angka jangkitan melonjak kepada angka 13 selepas dua hari berturut-turut merekodkan angka 11,000. Jumlah kes yang direkodkan hari ini adalah yang tertinggi dengan merekodkan 15,573 termasuk 32 kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan 980,491. Kes tempatan yang direkodkan hari ini adalah 15,541 di mana 13,395 melibatkan warganegara, dan 2,146 bukan warganegara, manakala kes import pula melibatkan 12 warganegara dan 20…

Read More

Sabah terawal akan terima CanSino

KOTA KINABALU 23 Julai – Sabah antara negeri terawal yang akan menerima vaksin dos tunggal CanSino apabila Malaysia menerima tiga juta bekalan pada bulan depan, kata Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin. “Kami akan membuat penghantaran pertama untuk Sabah. Kami akan memberitahu dan memberi pilihan kepada Sabah mengenai Johnson & Johnson (vaksin satu dos),” jelasnya dalam pertemuan secara maya bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, pagi tadi. Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) memberi jaminan berkenaan sebagai maklum balas kepada permintaan Hajiji…

Read More

7 negeri, negara luar minat beli Sinovac

KUALA LUMPUR: Tujuh negeri dan beberapa negara luar menunjukkan minat untuk membeli vaksin Sinovac daripada Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) setakat ini, kata Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga, Zulkarnain Md Eusope. Beliau berkata Selangor membuat tempahan tertinggi berjumlah 2.5 juta dos, manakala enam negeri lagi yang turut menunjukkan minat adalah Pahang, Perak, Sarawak, Sabah, Johor dan Negeri Sembilan. Katanya, jumlah tempahan diterima daripada tujuh negeri berkenaan sekitar lima hingga enam juta dos, daripada keseluruhan 14 juta dos vaksin Sinovac yang ditawarkan kepada kerajaan negeri serta syarikat swasta yang berminat mulai bulan ini hingga September…

Read More

Rekod kes di Selangor, KL

PUTRAJAYA 23 Julai – Selangor dan Kuala Lumpur terus mencipta rekod kes jangkitan Covid-19 apabila masing-masing merekodkan kes harian tertinggi iaitu 7,627 kes dan 2,063 kes. Ini bermakna Selangor dan Kuala Lumpur menyumbangkan 9,690 kes kepada jumlah keseluruhan kes harian hari ini yang mencecah 15,573 kes. Selangor yang merekodkan 7,672 kes merupakan pertambahan daripada 6,049 yang dicatatkan semalam dan menjadikan jumlah keseluruhan kes 351,618. Kuala Lumpur pula merekodkan kes keseluruhan 105,600 kes dengan pertambahan 2,063 kes berbanding 1,611 semalam. Sementara itu Kedah merekodkan 937 berbanding 701 semalam, Johor 722 (791),…

Read More

133 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 23 Julai – Singapura melaporkan 130 kes tempatan baharu Covid-19 setakat tengah hari ini dan tiga kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 63,924 kes. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MoH) kes tempatan hari ini termasuk 78 kes yang terhubung kait dengan kluster jangkitan Pelabuhan Perikanan Jurong dan enam lagi berkaitan dengan kluster KTV. Sebanyak 64 jangkitan dikaitkan dengan kes terdahulu dan sudah dikuarantin manakala 37 dikesan melalui ujian pengawasan manakala baki 29 jangkitan tidak terhubung kait dengan mana-mana kes sebelumnya. Dua kes melibatkan warga emas berusia 70 tahun…

Read More

Filipina lapor 6,845 kes baharu

MANILA 23 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini mencatatkan 6,845 kes baharu jangkitan  Covid-19, pertambahan jumlah kes berbanding 5,828 yang direkodkan semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat pukul 4 petang ini  adalah 1,537,097. Bagaimanapun agak mengejutkan tiada laporan mengenai pesakit yang meninggal dunia hari ini dan jumlah kematian kekal seperti dilaporkan semalam 26,891. DoH juga melaporkan sebanyak 2,330 pesakit sembuh dan menjadikan jumlah keseluruhan 1,455,137 orang pulih daripada jangkitan atau 94.7 peratus. Kes aktif pula adalah sebanyak 55,069 atau 3.6 peratus.

Read More