Kes positif Indonesia 49,071

JAKARTA 23 Julai – Indonesia merekodkan kes positif baharu Covid-19 sebanyak 49,071 dan kumulatifnya 3,082,410 sementara kes aktif bertambah 8,517 menjadikan jumlah 569,901 kes

Angka kesembuhan harian meningkat dari hari sebelumnya sebanyak 36.370 orang dan jumlah kumulatif kesembuhan melebihi 2,4 juta  atau 2.431.911 orang (78,9%). 

Jawa Barat merekodkan 8.925 kes positif dengan jumlah kumulatifnya 556.180 kes, diikuti Jakarta 8.033 (778.520), Jawa Timur 6.912 (266.641), Jawa Tengah 4.498  (343.350) serta Banten 2.626 (100.611).

Kes sembuh harian tertinggi pula di mana Jakarta 14,442 kes dan kumulatifnya sebanyak 687,838, Jawa Barat 6,875 (419,513), Jawa Tengah 4,095 (267,668), Jawa Timur 4.085  (194.460) dan Yogyakarta 976 (67.961).

Manakala bagi kes kematian, lima wilayah tertinggi adalah Jawa Tengah yang mencatatkan 446 kematian dan kumulatifnya 16.212 orang, Jawa Timur 349 (17,484),  Jakarta 157 (11.131), Jawa Barat 156 ( 7.908 ) serta Yogyakarta 97 ( 2.780).

Mengenai vaksinasi, sebanyak 561.459 orang menerima dos pertama hari ini menjadikan jumlahnya melebihi  43 juta orang manakala yang menerima vaksinasi kedua meningkat melebihi 17 juta  termasuk tambahan hari ini 257.945 orang.

 

Related posts

Leave a Comment