Lonjakan kes 13,000 ke 15,000

PUTRAJAYA 23 Julai – Sekali lagi berlaku lonjakan kes apabila angka jangkitan hari ini terus ‘melompat’  ke angka 15,000 selepas merekodkan 13,034 kes semalam.

Sebelum ini, pada 15 Julai lalu, angka jangkitan melonjak kepada angka 13 selepas dua hari berturut-turut merekodkan angka 11,000.

Jumlah kes yang direkodkan hari ini adalah yang tertinggi dengan merekodkan 15,573 termasuk 32 kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan 980,491.

Kes tempatan yang direkodkan hari ini adalah 15,541 di mana 13,395 melibatkan warganegara, dan 2,146 bukan warganegara, manakala kes import pula melibatkan 12 warganegara dan 20 bukan warganegara.

Daripada 15,573 kes harian itu, sebanyak 29 kes (0.2 peratus) adalah daripada  kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan), 74 kes (0.5 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen).

Sebanyak 102 kes (0.6 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 7,095 kes (45.6 peratus) kategori 2 (bergejala ringan), dan 8,273 kes (53.1 peratus) kategori 1 (tidak bergejala).

Keseluruhannya, 1.3 peratus kes yang dilaporkan hari ini berada pada kategori 3, 4 dan 5. Ini berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baharu didiagnosa Covid-19.

Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan mereka sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi. 

Sementara itu sebanyak  144 kes kematian yang dilaporkan pada hari ini melibatkan 66 kes di Selangor, 16 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 15 di Johor, 13 di Melaka, 10 di Negeri Sembilan,  lapan kes di Pahang, enam kes di Kedah, tiga  di Sarawak, masing-masing dua  di Perak dan Pulau Pinang, serta masing-masing satu di Sabah, Terengganu, dan Wilayah Persekutuan Labuan. 

Sebanyak 10,094 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 825,387 kes manakala 939 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 456 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment