133 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 23 Julai – Singapura melaporkan 130 kes tempatan baharu Covid-19 setakat tengah hari ini dan tiga kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 63,924 kes.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MoH) kes tempatan hari ini termasuk 78 kes yang terhubung kait dengan kluster jangkitan Pelabuhan Perikanan Jurong dan enam lagi berkaitan dengan kluster KTV.

Sebanyak 64 jangkitan dikaitkan dengan kes terdahulu dan sudah dikuarantin manakala 37 dikesan melalui ujian pengawasan manakala baki 29 jangkitan tidak terhubung kait dengan mana-mana kes sebelumnya.

Dua kes melibatkan warga emas berusia 70 tahun ke atas yang tidak divaksinasi langsung atau belum selesai divaksin dan berisiko mendapat penyakit lebih serius.

MoH juga memaklumkan tiga kes import telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura.

Salah satu jangkitan tersebut dikesan ketika tiba di Singapura manakala lagi dua sakit semasa tempoh SHN atau pengasingan.

Related posts

Leave a Comment