Rekod kes di Selangor, KL

PUTRAJAYA 23 Julai – Selangor dan Kuala Lumpur terus mencipta rekod kes jangkitan Covid-19 apabila masing-masing merekodkan kes harian tertinggi iaitu 7,627 kes dan 2,063 kes.

Ini bermakna Selangor dan Kuala Lumpur menyumbangkan 9,690 kes kepada jumlah keseluruhan kes harian hari ini yang mencecah 15,573 kes.

Selangor yang merekodkan 7,672 kes merupakan pertambahan daripada 6,049 yang dicatatkan semalam dan menjadikan jumlah keseluruhan kes 351,618.

Kuala Lumpur pula merekodkan kes keseluruhan 105,600 kes dengan pertambahan 2,063 kes berbanding 1,611 semalam.

Sementara itu Kedah merekodkan 937 berbanding 701 semalam, Johor 722 (791), Negeri Sembilan 682 (711), Pulau Pinang 530 (371) dan Sabah 516 (497).

Empat negeri merekodkan lebih 400 kes iaitu Sarawak 461 (644), Pahang 457 (261), Melaka 452 (353), dan Perak 415 (284).

Kelantan merekodkan 372 (240), Terengganu 229 (391), Putrajaya 41 (100), Labuan 21 (24) dan Perlis merekodkan tiga kes berbanding enam kes semalam.

Related posts

Leave a Comment