Filipina lapor 6,845 kes baharu

MANILA 23 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini mencatatkan 6,845 kes baharu jangkitan  Covid-19, pertambahan jumlah kes berbanding 5,828 yang direkodkan semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat pukul 4 petang ini  adalah 1,537,097.

Bagaimanapun agak mengejutkan tiada laporan mengenai pesakit yang meninggal dunia hari ini dan jumlah kematian kekal seperti dilaporkan semalam 26,891.

DoH juga melaporkan sebanyak 2,330 pesakit sembuh dan menjadikan jumlah keseluruhan 1,455,137 orang pulih daripada jangkitan atau 94.7 peratus.

Kes aktif pula adalah sebanyak 55,069 atau 3.6 peratus.

Related posts

Leave a Comment