51,952 kes, 1,092 kematian

JAKARTA 17 Julai – Berbanding 54,000 kes positif semalam, jumlah kes jangkitan Covid-19 yang direkodkan hari ini adalah 51,952 dengan jumlah kematian pula 1,092, kurang daripada 1,205 semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,832,755 dan jumlah kematian pula 72,489.orang. Kes sembuh pula meningkat kepada 2,232,394 orang apabila 27,903 lagi pesakit dilaporkan sembuh sementara kes aktif bertambah 22,957 menjadikan jumlahnya mencapai 527,872. Jakarta merekodkan 10,168 positif dan kumulatifnya 737,184, diikuti Jawa Barat 9,398 ( 508.814), Jawa Timur 6.920 (233.442), Jawa Tengah 5.655 ( 317.064 ) dan Banten 3.424 (84.579). Lima…

Read More

Tiada kunjung mengunjung Aidiladha

KOTA KINABALU 17 Julai – Sabah tidak membenarkan aktiviti rumah terbuka, jamuan, kunjung-mengunjung serta ziarah tanah perkuburan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha minggu depan. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Masidi Manjun berkata keputusan pindaan prosedur operasi standard (SOP) ini dibuat bagi membendung penularan dan peningkatan kes COVID-19 di negeri ini. Bilangan jemaah di masjid dan surau untuk solat sunat Aidiladha, solat Jumaat dan solat lima waktu dikurangkan kepada satu pertiga kapasiti ruang atau maksima 30 orang jemaah, yang mana lebih rendah. Dalam kenyataan media hari ini, beliau berkata, bilangan…

Read More

12 lagi lokaliti dikenakan PKPD

PUTRAJAYA 17 Julai – Sebanyak 12 lagi lokaliti di empat negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 19 Julai hingga 1 Ogos ini. Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata lokaliti yang dilaksanakan PKPD itu membabitkan Sabah, Sarawak, Pahang dan Negeri Sembilan. Kerajaan turut memutuskan melaksanakan PKPD di dua lokaliti di Pahang iaitu di Pos Iskandar, Bera dan Kuala Medang, Lipis. Lokaliti di Sabah pula ialah Apartmen Seri Maju, Kota Kinabalu; Kampung Tinusa 2, Sandakan dan dua lokaliti di Tawau iaitu QL Farm Breeder, Jalan Stesen TV dan Kuarters…

Read More

‘Jangan terkorban dek Covid-19’

PUTRAJAYA 17 Julai – “Jangan pula dalam keseronokan menyambut Hari Raya Korban menyebabkan kita sama-sama ‘terkorban’ dek kerana Covid-19.” itu ingatan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah kepada masyarakat  bahawa larangan rentas daerah dan negeri masih lagi berkuatkuasa. Begitu juga larangan kunjung-mengunjung bagi menyambut perayaan. Dalam kenyataannya, beliau menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak merentas daerah dan negeri semasa sambutan Hari Raya Aidiladha pada 20 Julai ini. Katanya, semua orang harus mengambil iktibar dengan insiden sebelum ini yang menyebabkan penularan kes dan kluster dalam komuniti. Menurutnya, bermula 1 Jun 2021…

Read More

Selangor, KL dalam Fasa 1 PPN

PUTRAJAYA 17 Julai – Selangor dan Kuala Lumpur kekal dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua negeri berkenaan sudah ditamatkan. Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, sebelum beralih ke Fasa 2, nilai ambang tiga indikator utama perlu dicapai. Katanya, nilai ambang vaksinasi 10 peratus populasi dewasa sudah dicapai tetapi kes masih tinggi manakala tahap penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) masih kritikal. Pada Jumaat, kerajaan mengumumkan penamatan PKPD di 34 mukim di Selangor dan 14 lokaliti di ibu negara bermula…

Read More

Vaksin satu dos di pedalaman

MIRI 17 Julai – Sarawak memutuskan untuk memberikan vaksin satu dos jenis CanSino kepada penduduk di kawasan pedalaman bagi memudahkan penduduk yang menghadapi kesukaran untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg, berkata dengan pemberian vaksin jenis ini, penduduk tidak memerlukan suntikan dos kedua. ‘’Sekarang ini ada dua, satunya CanSino yang keduanya Johnson & Johnson tapi kerajaan negeri membuat keputusan membeli CanSino dan kita jangka hujung bulan Julai ini mungkin kita akan mendapat vaksin CanSino,” katanya. Abang Johari berkata demikian semasa melakukan lawatan ke PPV Curtin University…

Read More

98.2 % tiada gejala, kematian tertinggi

PUTRAJAYA 17 Julai – Sebanyak 98.2 peratus daripada 12,528 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam kategori 1 dan 2 iaitu masing-masing bagi kategori tiada gejala dan gejala ringan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, kategori 1 membabitkan 6,840 kes atau 54.6 peratus, manakala kategori 2 merekodkan 5,468 kes atau 43.6 peratus. Sebanyak 112 kes atau 0.9 peratus pula adalah kategori 3 yang bergejala dengan radang paru-paru dan kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen merangkumi 44 kes atau 0.4 peratus. Bagi kategori 5 pula adalah kes dalam keadaan…

Read More

Tiada kompromi kilang ingkar

KLANG 17 Julai – Tiada kompromi bagi mana-mana kilang yang melakukan kesalahan dan gagal mematuhi peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, kata Timbalan Perdana Mentri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, kesalahan yang paling banyak dilakukan adalah tidak mengimbas kod MySejahtera sedangkan peraturan itu penting berikutan aplikasi berkenaan akan memaparkan status kesihatan pekerja. Di samping itu,  banyak kilang yang dibenarkan beroperasi gagal mengawal pekerja dan menuruti arahan kerajaan sebaliknya ada  majikan yang masih memberi alasan bahawa mereka tidak tahu perkara itu tidak dilakukan oleh pekerja. Beliau mengambil contoh dalam…

Read More

PdPR hingga 31 Ogos

PUTRAJAYA 17 Julai – Kementerian Pendidikan mengumumkan sesi persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diteruskan sehingga 31 Ogos ini berikutan situasi semasa pandemik Covid-19. Sesi persekolahan akan dibuka secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 September ini. Keputusan itu juga adalah hasil perbincangan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). “Ketetapan ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan,” kata kenyataan itu. Bagaimanapun Kementerian Pendidikan akan terus mengambil kira penilaian risiko oleh…

Read More

KL tambah kes, Selangor teratas

PUTRAJAYA 17 Julai – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 tetapi Selangor terus kekal sebagai negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi. Selangor merekodkan 4,985 kes berbanding 5,512 yang dicatatkan semalam manakala Kuala Lumpur menambah kes daripada 1,542 kepada 1,740. Negeri Sembilan yang mencatatkan 1,619 semalam hari ini merekodkan 1,280 kes. Kedah juga menunjukkan peningkatan kes dengan merekodkan 701 berbanding 458 semalam, Sabah 647 (326), Johor 625 (609), Perak 428 (299), Pulau Pinang 396 (376) dan Terengganu 177 (102). Melaka pula mencatatkan sedikit penurunan jumlah kes hari ini…

Read More