51,952 kes, 1,092 kematian

JAKARTA 17 Julai – Berbanding 54,000 kes positif semalam, jumlah kes jangkitan Covid-19 yang direkodkan hari ini adalah 51,952 dengan jumlah kematian pula 1,092, kurang daripada 1,205 semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,832,755 dan jumlah kematian pula 72,489.orang.

Kes sembuh pula meningkat kepada 2,232,394 orang apabila 27,903 lagi pesakit dilaporkan sembuh sementara kes aktif bertambah 22,957 menjadikan jumlahnya mencapai 527,872.

Jakarta merekodkan 10,168 positif dan kumulatifnya 737,184, diikuti Jawa Barat 9,398 ( 508.814), Jawa Timur 6.920 (233.442), Jawa Tengah 5.655 ( 317.064 ) dan Banten 3.424 (84.579).

Lima wilayah yang merekodkan kes sembuh tinggi ialah Jakarta 11,613 dan kumulatifnya 615,605 orang diikuti  Jawa Barat 4,891 (386,308), Jawa Timur 2,704 (175,713), Jawa Tengah 1,678 (242,173), Yogyakarta 1,069 (61,648).

Bagi kes kematian, Jawa Timur menambah 283 kes dan kumulatifnya 15.508, Jawa Tengah 247 (14.218), Jawa Barat 84 ( 7.249 ), Yogyakarta 85 (2,334) dan Jakarta 67 (10,009).

Sementara itu, penerima vaksin pertama terus bertambah dan hari ini sebanyak 1.039.816 orang dengan jumlahnya melebihi 41 juta orang atau 41.268.627 orang.

Penerima dos kedua pula meningkat melebihi 16 juta orang atau 16,217,855 orang termasuk tambahan hari ini sebanyak 177.126 orang.

Related posts

Leave a Comment