KL tambah kes, Selangor teratas

PUTRAJAYA 17 Julai – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 tetapi Selangor terus kekal sebagai negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi.

Selangor merekodkan 4,985 kes berbanding 5,512 yang dicatatkan semalam manakala Kuala Lumpur menambah kes daripada 1,542 kepada 1,740.

Negeri Sembilan yang mencatatkan 1,619 semalam hari ini merekodkan 1,280 kes.

Kedah juga menunjukkan peningkatan kes dengan merekodkan 701 berbanding 458 semalam, Sabah 647 (326), Johor 625 (609), Perak 428 (299), Pulau Pinang 396 (376) dan Terengganu 177 (102).

Melaka pula mencatatkan sedikit penurunan jumlah kes hari ini dengan 569 berbanding 575 semalam, Sarawak 388 (423), Pahang 317 (382), Kelantan 211 (225), Putrajaya 41 (62) dan Labuan 22 (24) .

Perlis pula merekodkan satu kes berbanding tujuh semalam.

 

Related posts

Leave a Comment