4,465 kes baharu di Indonesia

INDONESIA mencatatkan 4,465 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sehingga kini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kini berjumlah 257,388.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak  109,541 pesakit masih lagi dalam pemantauan virus berbahaya berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 23 September sebanyak 140 kematian dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif kini 9,977 kematian.

Provinsi Jakarta, masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 65,687 kes dengan tambahan 1,133 kes baharu.

Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,035 orang diikuti Jakarta (1,628), Jawa Tengah (1,334) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

FILIPINA sehingga pukul 4 petang hari ini, 23 September, merekodkan 2,833 kes baharu yang membawa kepada jumlah keseluruhan 294,591 kes

DOH juga mengumumkan 765 pemulihan yang membawa jumlah keseluruhan pemulihan kepada 231,373.

Sebanyak 44 kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 5,091 orang meninggal dunia. Kes aktif pula 58,127.

SINGAPURA mengesahkan 12 kes jangkitan baru Covid-19 dalam tempoh 24 jam, dengan empat daripadanya kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara itu kini 57,630.

Data Kementerian Kesihatan Singapura (MoH) menunjukkan, sehingga kini, terdapat satu kes komuniti yang merupakan pemegang pas kerja.

MoH berkata, 57,262 kes telah pulih sepenuhnya dan sejumlah 37 kes yang disahkan masih ditempatkan di hospital.

Sementara itu, 301 pesakit yang bergejala ringan atau secara klinikalnya sihat, tetapi diuji positif Covi-19, telah diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.

Sehingga kini 27 orang mati akibat komplikasi Covid-19 di republik itu.

Related posts

Leave a Comment