Vaksin satu dos di pedalaman

MIRI 17 Julai – Sarawak memutuskan untuk memberikan vaksin satu dos jenis CanSino kepada penduduk di kawasan pedalaman bagi memudahkan penduduk yang menghadapi kesukaran untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg, berkata dengan pemberian vaksin jenis ini, penduduk tidak memerlukan suntikan dos kedua.

‘’Sekarang ini ada dua, satunya CanSino yang keduanya Johnson & Johnson tapi kerajaan negeri membuat keputusan membeli CanSino dan kita jangka hujung bulan Julai ini mungkin kita akan mendapat vaksin CanSino,” katanya.

Abang Johari berkata demikian semasa melakukan lawatan ke PPV Curtin University Malaysia di Miri pada Sabtu.

Pada bulan lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Douglas Uggah Embas berkata, Sarawak dijangka menerima vaksin Covid-19 jenis CanSino pada pertengahan Julai.

Tambahnya, kerajaan negeri juga telah memohon 650,000 dos vaksin CanSino daripada kerajaan pusat.

Related posts

Leave a Comment