Tiada kompromi kilang ingkar

KLANG 17 Julai – Tiada kompromi bagi mana-mana kilang yang melakukan kesalahan dan gagal mematuhi peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, kata Timbalan Perdana Mentri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, kesalahan yang paling banyak dilakukan adalah tidak mengimbas kod MySejahtera sedangkan peraturan itu penting berikutan aplikasi berkenaan akan memaparkan status kesihatan pekerja.

Di samping itu,  banyak kilang yang dibenarkan beroperasi gagal mengawal pekerja dan menuruti arahan kerajaan sebaliknya ada  majikan yang masih memberi alasan bahawa mereka tidak tahu perkara itu tidak dilakukan oleh pekerja.

Beliau mengambil contoh dalam serbuan di kilang memproses makanan hari ini, seramai 85 pekerja tidak melakukan imbasan MySejahtera, malah ada yang tidak menjaga penjarakan fizikal mahupun menyediakan pencuci tangan serta mengimbas suhu.

Ismail Sabri berkata, walaupun kesalahan itu tidak menyebabkan kilang ditutup, tetapi ia boleh dikenakan kompaun

Beliau sebelum itu bersama Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin menyertai Op Patuh di kilang membuat komponen elektrik dan kilang makanan di sekitar Klang.

Related posts

Leave a Comment