Kes harian kekal lebih 30,000

JAKARTA 11 Julai – Hari keenam berturut-turut, Indonesia terus merekodkan kes positif Covid-19 melebihi 30,000 orang, hari ini 36,197 kes berbanding 35,094 orang pada hari sebelumnya menjadikan jumlah kumulatif 2,527,203. Jumlah tertinggi sebelum ini 38,391 orang pada 8 Julai dan 38,124 pada 9 Julai. Kes sembuh juga merekodkan jumlah tertinggi hari ini dengan merekodkan 32,615 menjadikan jumlah kumulatif 2,084,724 orang manakala kes aktif pula bertambah sebanyak 2,575 menjadikan 376,015 Jumlah pesakit yang meninggal dunia pula sebanyak 1,007 dengan jumlah kumulatifnya mencapai 66,464 kematian. Lima wilayah yang merekodkan kes sembuh tertinggi…

Read More

Hospital medan di lapangan terbang

BANGKOK 11 Julai – Dua lapangan terbang antarabangsa, Suvarnabhumi dan Don Mueang akan menyediakan 7,000 katil sebagai persiapan menghadapi peningkatan kes baharu Covid-19 terutama di bandar raya Bangkok. Menteri Pengangkutan Saksayam Chidchob berkata Lapangan Terbang Thailand (AOT) bersetuju supaya hospital medan didirikan di kawasan yang tidak digunakan di lapangan terbang itu. Beliau berkata terminal satelit yang baharu siap di Suvarnabhumi akan menyediakan sekurang-kurangnya 5,000 katil manakala Don Mueang pula dalam proses ubah suai kawasan gudang untuk  menempatkan 2,000 katil bagi pesakit bergejala ringan. Dalam usaha mengehadkan pergerakan rakyat, Ketua Angkatan…

Read More

Covid-19 terus naik di Thailand

BANGKOK 11 Julai – Thailand terus merekodkan kes harian yang tinggi apabila 9,539 kes baharu Covid-19 dilaporkan berbanding 9,326 kes yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 336,371. Jumlah pesakit yang meninggal dunia bagaimanapun turun sedikit iaitu 86 kes berbanding kes tertinggi semalam sebanyak 91 orang menjadikan jumlah kumulatif 2,711 kematian. Sebanyak 9,436 kes melibatkan orang awam dan 103 kes di penjara. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Bangkok terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu 2,741 kes manakala Pathum Thani menunjukkan peningkatan dari 672 kes kepada 1,108. Samut Prakan 642, Samut…

Read More

Kematian pertama selepas 10 bulan

MELBOURNE 11 Julai – Australia melaporkan satu kematian akibat jangkitan Covid-19 hari ini yang pertama dalam tempoh 10 bulan. Kes kematian terbaru itu dikaitkan dengan kelompok varian Delta yang dikesan di Sydney, ibu kota wilayah New South Wales. Ketua Menteri wilayah itu, Gladys Berejiklian pada sidang medianya pagi ini berkata, jumlah kes harian yang dicatatkan di New South Wales mencapai paras tertinggi iaitu 77 kes tempatan. Beliau menjangkakan jumlah kes jangkitan di New South Wales akan menjangkaui 100 esok. Pada Sabtu (10 Jul) terdapat 50 kes jangkitan iaitu yang paling…

Read More

Tujuh lagi lokaliti dikena PKPD

KUALA LUMPUR 11 Julai – Tujuh lokaliti di Sabah dan satu di Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Selasa ini sehingga 26 Julai, kata Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Di Sabah melibatkan Kampung Jempangah dan Kampung Rancangan Klias di Beaufort; Kampung Tebongon (Putatan); Borneo Timber (Tongod) serta Jalan Pasir, Likas, Kampung Kuala Menggatal dan Kuarters Tangki Air Biru, Telipok (Kota Kinabalu). Sementara di Kelantan melibatkan Kampung Gong Jering, Mukim Bukit Jawa di Pasir Puteh. Dalam kenyataan mengenai perkembangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD, hari ini beliau…

Read More

Angka 9,000 tidak berganjak

PUTRAJAYA 11 Julai – Hari ketiga berturut-turut, Malaysia merekodkan lebih 9,000 kes dengan jumlah hari ini sebanyak 9,105 berbanding 9,180 (9 Julai) dan 9,353 (10 Julai) menjadikan jumlah keseluruhan 836,296 kes. Angka sembilan juga merupakan yang keempat sejak pandemik bermula dengan 9,020 yang direkodkan pada 29 Mei 2021. Daripada 9,105 kes sebanyak 18 kes import dilaporkan melibatkan lapan warganegara dan 10 bukan warganegara manakala 9,087 kes tempatan melibatkan 7,438 warganegara dan 1,649 bukan warganegara. Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 742,297 apabila 5,194 lagi pesakit dilaporkan sembuh manakala kes aktif…

Read More

Tujuh kes import di Singapura

SINGAPURA 11 Julai – Menjelang kelonggaran sekatan yang bermula esok, Singapura melaporkan satu kes tempatan baharu Covid-19 dan tujuh kes import setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 62,692 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kes tunggal tempatan itu tiada hubung kait dengan mana-mana kes lalu. Kesemua tujuh kes import pula dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sejurus tiba di sini. Satu daripada kes import dikesan sebaik tiba di Singapura manakala enam yang lain dilaporkan sakit ketika menjalani tempoh pengasingan. Mulai esok, Singapura akan melonggarkan sekatan termasuk membenarkan kumpulan…

Read More

Filipina catat 5,916 kes baharu

MANILA 11 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 5,916 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,473,025 kes. Setakat pukul 4 petang ini, kes pesakit meninggal dunia meningkat kepada 25,921 orang berikutan 105 lagi kematian dilaporkan hari ini. Sebanyak 6,127 pesakit dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh meningkat kepada 1,397,403 orang atau 94.9 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula sebanyak 49,701 atau 3.4 peratus.

Read More

Selangor, KL sumbang 5,929 kes

PUTRAJAYA 11 Julai – Selangor terus merekodkan pertambahan kes harian hari ini dengan merekodkan 4,682 kes baharu Covid-19, berbanding 4,277 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 286,352. Pada masa yang sama, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merekodkan 1,398 kes semalam merekodkan 1,247, sedikit penurunan menjadikan jumlah keseluruhan 88,958, berada di kedudukan kedua tertinggi selepas Selangor. Secara tidak langsung daripada jumlah 9,105 kes seluruh negara hari ini, Selangor dan Kuala Lumpur menyumbang 5,929 kes. Negeri Sembilan pula menjadi negeri ketiga merekodkan kes tertinggi dengan 541 kurang daripada…

Read More

Kejutan berakhir dengan ‘kejutan’

MELAKA 11 Julai – Hasrat enam remaja membuat kejutan kepada rakan yang menyambut hari jadi berakhir apabila mereka ‘dikejutkan’ dengan kompaun RM5,000 seorang kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Mereka didapati merentas negeri dari Gemas, Negeri Sembilan ke Melaka dalam tempoh sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi meraikan sambutan hari jadi rakan mereka. Enam individu masing-masing berusia 14 hingga 18 tahun itu dicekup ketika sedang berkumpul di hadapan sebuah rumah di Taman Baiduri, Kuala Ina Pulau Sebang, di sini sekitar pukul 5 petang semalam. Ketua Polis…

Read More