Covid-19 terus naik di Thailand

BANGKOK 11 Julai – Thailand terus merekodkan kes harian yang tinggi apabila 9,539 kes baharu Covid-19 dilaporkan berbanding 9,326 kes yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 336,371.

Jumlah pesakit yang meninggal dunia bagaimanapun turun sedikit iaitu 86 kes berbanding kes tertinggi semalam sebanyak 91 orang menjadikan jumlah kumulatif 2,711 kematian.

Sebanyak 9,436 kes melibatkan orang awam dan 103 kes di penjara.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Bangkok terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu 2,741 kes manakala Pathum Thani menunjukkan peningkatan dari 672 kes kepada 1,108.

Samut Prakan 642, Samut Sakhon 563, Chonburi 381, Nonthaburi 338, Songkhla 252, Pattani 215, Saraburi 178 dan Chachoengsao 170.

Sebanyak 247,971 pesakit sembuh termasuk 4,053 yang dilaporkan hari ini manakala 85,689 sedang menerima rawatan.

Kes import pula melibatkan 13 warga Thai yang pulang dari Kemboja, dua masing-masing dari Myanmar dan Bangladesh serta satu dari United Kingdom.

Related posts

Leave a Comment