Angka 9,000 tidak berganjak

PUTRAJAYA 11 Julai – Hari ketiga berturut-turut, Malaysia merekodkan lebih 9,000 kes dengan jumlah hari ini sebanyak 9,105 berbanding 9,180 (9 Julai) dan 9,353 (10 Julai) menjadikan jumlah keseluruhan 836,296 kes.

Angka sembilan juga merupakan yang keempat sejak pandemik bermula dengan 9,020 yang direkodkan pada 29 Mei 2021.

Daripada 9,105 kes sebanyak 18 kes import dilaporkan melibatkan lapan warganegara dan 10 bukan warganegara manakala 9,087 kes tempatan melibatkan 7,438 warganegara dan 1,649 bukan warganegara.

Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 742,297 apabila 5,194 lagi pesakit dilaporkan sembuh manakala kes aktif sebanyak 87,841.

Sebanyak 961 kes diberikan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 45 memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 91 kematian dilaporkan iaitu 86 warganegara dan lima bukan warganegara menjadikan jumlah kumulatif 6,158.

Selangor merekodkan 34 kematian, 21 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 12 di Negeri Sembilan, lapan di Melaka, enam di Johor, tiga di Pahang, dua  di Kelantan, serta masing-masing satu di Sarawak, Pulau Pinang, Perak, Kedah, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sementara itu jumlah kluster pula 3,077 kluster di mana 19 adalah kluster baharu sementara yang tamat 2,212 dan 865 kluster aktif.

Related posts

Leave a Comment