Filipina catat 5,916 kes baharu

MANILA 11 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 5,916 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,473,025 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, kes pesakit meninggal dunia meningkat kepada 25,921 orang berikutan 105 lagi kematian dilaporkan hari ini.

Sebanyak 6,127 pesakit dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh meningkat kepada 1,397,403 orang atau 94.9 peratus daripada keseluruhan kes.

Kes aktif pula sebanyak 49,701 atau 3.4 peratus.

Related posts

Leave a Comment