Selangor, KL sumbang 5,929 kes

PUTRAJAYA 11 Julai – Selangor terus merekodkan pertambahan kes harian hari ini dengan merekodkan 4,682 kes baharu Covid-19, berbanding 4,277 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 286,352.

Pada masa yang sama, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merekodkan 1,398 kes semalam merekodkan 1,247, sedikit penurunan menjadikan jumlah keseluruhan 88,958, berada di kedudukan kedua tertinggi selepas Selangor.

Secara tidak langsung daripada jumlah 9,105 kes seluruh negara hari ini, Selangor dan Kuala Lumpur menyumbang 5,929 kes.

Negeri Sembilan pula menjadi negeri ketiga merekodkan kes tertinggi dengan 541 kurang daripada 638 kes semalam.

Melaka yang merekodkan 835 semalam mencatatkan penurunan kepada 278 hari ini sementara Johor tidak banyak berubah dengan 392 berbanding 399 semalam.

Related posts

Leave a Comment