Tujuh kes import di Singapura

SINGAPURA 11 Julai – Menjelang kelonggaran sekatan yang bermula esok, Singapura melaporkan satu kes tempatan baharu Covid-19 dan tujuh kes import setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 62,692 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kes tunggal tempatan itu tiada hubung kait dengan mana-mana kes lalu.

Kesemua tujuh kes import pula dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sejurus tiba di sini.

Satu daripada kes import dikesan sebaik tiba di Singapura manakala enam yang lain dilaporkan sakit ketika menjalani tempoh pengasingan.

Mulai esok, Singapura akan melonggarkan sekatan termasuk membenarkan kumpulan sehingga lima orang duduk makan di luar.

Aktiviti sukan dan senaman dibenarkan di tempat tertutup tanpa memakai pelitup muka, majlis perkahwinan dengan tidak lebih 250 orang, sekiranya ujian praacara dijalankan serta perhimpunan sosial di tempat kerja.

Related posts

Leave a Comment