Kes harian kekal lebih 30,000

JAKARTA 11 Julai – Hari keenam berturut-turut, Indonesia terus merekodkan kes positif Covid-19 melebihi 30,000 orang, hari ini 36,197 kes berbanding 35,094 orang pada hari sebelumnya menjadikan jumlah kumulatif 2,527,203.

Jumlah tertinggi sebelum ini 38,391 orang pada 8 Julai dan 38,124 pada 9 Julai.

Kes sembuh juga merekodkan jumlah tertinggi hari ini dengan merekodkan 32,615 menjadikan jumlah kumulatif 2,084,724 orang manakala kes aktif pula bertambah sebanyak 2,575 menjadikan 376,015

Jumlah pesakit yang meninggal dunia pula sebanyak 1,007 dengan jumlah kumulatifnya mencapai 66,464 kematian.

Lima wilayah yang merekodkan kes sembuh tertinggi adalah Jakarta sebanyak 20,602 dengan kumulatif 564,403 diikuti Jawa Barat 3,583 (356,203), Jawa Tengah 2,424 (227,730), Jawa Timur 1,434 (163,158) dan  Yogyakarta 710 (55,648).

Jakarta merekodkan kes positif tertinggi dengan 13,133 dengan jumlah kumulatif 662,442, diikuti Jawa Barat 6.704 (452,007), Jawa Tengah 2.575 (291,553), Jawa Timur 2,419 (194,361) dan  kasus dan Yogyakarta 1,895 (76,263).

Kematian tertinggi direkodkan di Jawa Timur sebanyak 279 dan kumulatifnya 14,085, Jawa Barat 269 (6,441), Jawa Tengah 152 (12,880), Jakarta 54 (9,403),  serta Yogyakarta 50 (1,979).

Sementara itu, sebanyak 73.943 orang menerima vaksin pertama dengan jumlah kini meningkat kepada 36.267.019 orang manakala yang menerima vaksinasi kedua  meningkat kepada 15.011.348 orang termasuk tambahan hari ini 42,018 orang.

Related posts

Leave a Comment