Kematian di Indonesia 1,040

JAKARTA 7 Julai – Kes Covid-19 di Indonesia semakin membimbangkan selepas mencatatkan 1,040 kematian, jumlah tertinggi direkodkan setakat ini ketika kes positif baharu meningkat kepada 34,379 kes. Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini,  jumlah keseluruhan kematian kini meningkat kepada 62,908 orang manakala kes positif 2,379,397. Jawa Tengah merekodkan 480 kematian diikuti Jakarta 142, Jawa Timur 155, dan Jawa Barat 67. Bermula 3 Julai lepas hingga 20 Julai, pemerintah Indonesia mengetatkan protokol kesihatan Covid-19 dengan menguatkuasakan Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM…

Read More

Seremban juga kena PKPD

KUALA LUMPUR 7 Julai – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di beberapa lokaliti di Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Kelantan dan Sabah, selama 14 hari mulai Jumaat ini. Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD di Negeri Sembilan membabitkan lapan mukim di Seremban iaitu Ampangan, Labu, Lenggeng, Pantai, Rantau, Rasah, Seremban serta Setul. Di Pahang pula kuarters pekerja Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP), Gebeng, Kuantan. Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, Johor pula membabitkan kawasan perindustrian Indahpura dan tujuh lokaliti di kawasan perindustrian Senai masing-masing dekat Kulai. Tujuh…

Read More

07.07.2021 : 7 kuasai fakta Covid-19

KEBETULAN hari ini 7 Julai atau 07.07.2021, angka 7 menguasai fakta kes Covid-19 negara yang kini menghampiri angka kumulatif 800,000 kes. Hari ini jumlah kes baharu adalah 7,097 yang membawa jumlah keseluruhan 799,790. Jumlah kumulatif kes sembuh pula 719,678 dan kes aktif 74,344. Kes tempatan pula 7,071 dan 79 warganegara meninggal dunia. Negeri Sembilan mencatatkan 788 kes, jumlah keseluruhan kes di Johor 73,386 dan di Sabah 71,189. Esok pasti angka 8 mengambil tempat sekurang-kurangnya jumlah kumulatif akan meningkat 800,000 kes. Sementara itu Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan dalam…

Read More

Thailand kini catat 301,172 kes.

BANGKOK 7 Julai – Sebanyak 6,519 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 301,172 kes. Sebanyak 54 pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kumulatif kematian 2,387 orang. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 6,464 kes jangkitan harian itu melibatkan penduduk awam termasuk 16 kes import danq 55 lagi banduan penjara. Sebanyak 4,148 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 231,171 kes. Bangkok merekodkan 30 kematian di samping empat di Pattani, tiga kes masing-masing di Samut Prakan dan Pathum Thani, dua masing-masing…

Read More

Filipina catat 4,289 kes baharu

MANILA 7 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 4,289 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,450,110 kes. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 164 orang meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 25,459 kematian. Jumlah pesakit sembuh pula kini meningkat kepada 1,377,132 orang termasuk 6,399 yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. Kes aktif pula sebanyak 47,519 atau 3.3 peratus daripada keseluruhan kes.

Read More

Selangor, KL sumbang 4,124 kes

PUTRAJAYA 7 Julai – Selangor kekal merekodkan kes tertinggi walaupun mencatatkan sedikit penurunan dengan merekodkan 3,119 kes berbanding 3,260 semalam. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga mengekalkan empat angka dengan 1,005 berbanding 1,550 semalam. Ini menjadikan dua negeri itu menyumbang 4,124 kes daripada jumlah keseluruhan kes harian seluruh negara hari ini sebanyak 7,097. Beberapa negeri mencatatkan peningkatan kes berbanding semalam manakala Perlis kekal dengan tambahan dua kes seperti direkodkan semalam. Negeri yang mencatatkan peningkatan jumlah kes berbanding semalam adalah Negeri Sembilan 788 (698), Melaka 358 (230), Sarawak 289 (286), Pahang 258…

Read More

Singapura lapor 12 kes baharu

SINGAPURA 7 Julai – Lima kes tempatan dan tujuh kes import Covid-19 dilaporkan di Singapura hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 62,652 kes dengan 36 kematian akibat koronavirus itu.  Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dua kes jangkitan tempatan tiada kaitan dengan kes-kes terdahulu manakala tiga kes berkaitan dengan kes lalu sudahpun dikenakan kuarantin. Tujuh kes import pula telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sejurus tiba di negara ini. Lima daripada jangkitan import itu dikesan sebaik mereka tiba di Singapura manakala dua lagi jatuh sakit semasa menjalani tempoh SHN atau…

Read More

Brunei catat 4 lagi kes import

BANDAR SERI BEGAWAN 7  Julai – Kementerian Kesihatan merekodkan empat kes import baharu setakat tengah hari semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Negara Brunei Darussalam (NBD) seramai 266 orang. Kes 263 melibatkan seorang lelaki berumur 42 tahun dan tidak mempunyai sebarang tanda-tanda jangkitan manakala kes 264, seorang lelaki berumur 41 tahun yang mengalami simptom batuk. Bagi kes 265 pula, seorang wanita berumur 23 tahun yang mengalami simptom demam panas dan batuk manakala kes 266 ialah seorang anak damit lelaki berumur 1 tahun. Beliau tidak mengalami sebarang simptom. Mereka tiba…

Read More

Pak Long Ismail Sabri TPM

PUTRAJAYA 7 Julai – Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan. Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pelantikan ini dapat membantu Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini. Di samping itu Perdana Menteri juga melantik, Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri. “Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai Ismail Sabri. Selain itu, Muhyiddin bersetuju Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan…

Read More

Singapura benarkan 5 orang satu meja

SINGAPURA 7 Julai – Lima orang boleh duduk makan semeja mulai 12 Julai ini. Jumlah itu sama dengan had lima orang bagi perhimpunan sosial yang dibenarkan oleh pemerintah Singapura sekarang. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), perhimpunan sosial di tempat kerja juga boleh disambung semula dengan had sehingga lima orang setiap kumpulan walaupun bekerja dari rumah kekal sebagai pilihan. Kelonggaran itu dibuat selepas jumlah kes baru Covid-19 dalam masyarakat merosot kepada 28 pada minggu sehingga 5 Julai berbanding 86 pada minggu sebelumnya. Menurut data MOH, jumlah kes tanpa hubung kait dalam masyarakat…

Read More