07.07.2021 : 7 kuasai fakta Covid-19

KEBETULAN hari ini 7 Julai atau 07.07.2021, angka 7 menguasai fakta kes Covid-19 negara yang kini menghampiri angka kumulatif 800,000 kes.

Hari ini jumlah kes baharu adalah 7,097 yang membawa jumlah keseluruhan 799,790. Jumlah kumulatif kes sembuh pula 719,678 dan kes aktif 74,344.

Kes tempatan pula 7,071 dan 79 warganegara meninggal dunia.

Negeri Sembilan mencatatkan 788 kes, jumlah keseluruhan kes di Johor 73,386 dan di Sabah 71,189.

Esok pasti angka 8 mengambil tempat sekurang-kurangnya jumlah kumulatif akan meningkat 800,000 kes.

Sementara itu Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan dalam tempoh 24 jam yang lalu sebanyak 7,097 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 799,790 kes.

Terdapat 26 kes import melibatkan 15 warganegara dan 11 bukan warganegara manakala 7,071 kes tempatan melibatkan 5,521 warganegara dan 1,550 bukan warganegara.

Selain itu, jumlah individu sembuh pula adalah 4,863, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sembuh ketika ini adalah 719,678 kes sementara 74,344 kes aktif.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 91 kes kematian dengan kumulatif kematian kini adalah 5,768 kes.

Selangor merekodkan 47 kematian, 16 kes di Negeri Sembilan, 10 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing empat kes di Johor dan Melaka, tiga kes di Sarawak, dua di Perak, serta masing-masing satu di Kelantan, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Kedah.

Jumlah kes yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) adalah 948 kes dengan individu yang memerlukan bantuan alat pernafasan adalah 441 kes.

Related posts

Leave a Comment