Pak Long Ismail Sabri TPM

PUTRAJAYA 7 Julai – Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pelantikan ini dapat membantu Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.

Di samping itu Perdana Menteri juga melantik, Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

“Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai Ismail Sabri.

Selain itu, Muhyiddin bersetuju Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya.

Related posts

Leave a Comment