Thailand kini catat 301,172 kes.

BANGKOK 7 Julai – Sebanyak 6,519 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 301,172 kes.

Sebanyak 54 pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kumulatif kematian 2,387 orang.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 6,464 kes jangkitan harian itu melibatkan penduduk awam termasuk 16 kes import danq 55 lagi banduan penjara.

Sebanyak 4,148 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 231,171 kes.

Bangkok merekodkan 30 kematian di samping empat di Pattani, tiga kes masing-masing di Samut Prakan dan Pathum Thani, dua masing-masing di Nakhon Ratchasima, Yala dan Samut Sakhon, dan setiap satu di Chiang Rai, Phetchaburi, Chon Buri, Nakhon Pathom, Chaiyaphum, Narathiwat, Nakhon Si Thammarat dan Ayutthaya.

Di samping itu, Bangkok juga mendahului kes dengan merekodkan 1,549 kes , 548 di Samut Prakan, 434 di Samut Sakhon, 266 di Nakhon Pathom, 262 di Chon Buri, 252 di Chachoengsao, 241 di Prachuap Khiri Khan, 235 di Nonthaburi, 212 di Pathum Thani dan 190 di Pattani.

Kes import pula melibatkan ketibaan dari Emiriyah Arab Bersatu (2), Bangladesh (1), United Kingdom (1), India (5), Libya (1), Oman (1) dan Kemboja (5).

Setakat semalam, sebanyak 67,614 orang sedang menerima rawatan di hospital di mana 2,496 dalam keadaan kritikal dan 676 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, jumlah vaksinasi kini 11,328,043 dos.

Related posts

Leave a Comment