Singapura lapor 12 kes baharu

SINGAPURA 7 Julai – Lima kes tempatan dan tujuh kes import Covid-19 dilaporkan di Singapura hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 62,652 kes dengan 36 kematian akibat koronavirus itu. 

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dua kes jangkitan tempatan tiada kaitan dengan kes-kes terdahulu manakala tiga kes berkaitan dengan kes lalu sudahpun dikenakan kuarantin.

Tujuh kes import pula telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sejurus tiba di negara ini.

Lima daripada jangkitan import itu dikesan sebaik mereka tiba di Singapura manakala dua lagi jatuh sakit semasa menjalani tempoh SHN atau pengasingan.

Related posts

Leave a Comment