Seremban juga kena PKPD

KUALA LUMPUR 7 Julai – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di beberapa lokaliti di Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Kelantan dan Sabah, selama 14 hari mulai Jumaat ini.

Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD di Negeri Sembilan membabitkan lapan mukim di Seremban iaitu Ampangan, Labu, Lenggeng, Pantai, Rantau, Rasah, Seremban serta Setul.

Di Pahang pula kuarters pekerja Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP), Gebeng, Kuantan.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, Johor pula membabitkan kawasan perindustrian Indahpura dan tujuh lokaliti di kawasan perindustrian Senai masing-masing dekat Kulai.

Tujuh lokaliti itu ialah Kawasan Industri Senai Fasa 1, Kawasan Industri Senai Fasa 2, Kawasan Industri Senai Fasa 3, Kawasan Industri Senai Fasa 4, Taman Perindustrian Senai, Taman Perindustrian Murni Senai serta Senai Airport City (SAC).

Di Kota Bharu, Kelantan pula PKPD di kawasan perumahan dekat Taman Kurnia Jaya serta Taman Pinggiran Golf.

PKPD di Sabah membabitkan Kampung Sungai Imam, Tawau; Kampung Lembising dan Kampung Dumpil Keramat di Putatan; Kondominium One Borneo, Kota Kinabalu; Kampung Balibata, Beaufort; Kampung Pintasan, Kota Belud serta Kampung Istimewa, Batu Sapi, Sandakan.

Related posts

Leave a Comment