Filipina catat 4,289 kes baharu

MANILA 7 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 4,289 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,450,110 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 164 orang meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 25,459 kematian.

Jumlah pesakit sembuh pula kini meningkat kepada 1,377,132 orang termasuk 6,399 yang dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Kes aktif pula sebanyak 47,519 atau 3.3 peratus daripada keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment