197 kes import di Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN 2 Ogos – Kementerian Kesihatan memaklumkan satu lagi kes import baharu dilaporkan setakat tengah hari semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 d Brunei Darussalam meningkat kepada 338 orang.

Ini bermakna sebanyak 197 kes import dicatatkan setakat semalam dan sejak kes terakhir jangkitan tempatan berkenaan dilaporkan pada 6 Mei 2020.

Kes 338 adalah seorang lelaki berumur 44 tahun yang tiba ke negara ini dari Jakarta pada 18 Julai 2021 iaitu penerbangan yang sama dengan beberapa kes yang dilaporkan sebelum ini. 

Beliau tidak mengalami sebarang tanda-tanda jangkitan dan penyiasatan serta pengesanan kontak mengesahkan bahawa tidak ada kontak terdekat bagi kes ini.

Kementerian juga memaklumkan, 55 kes aktif menjalani rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan dan satu kes yang sedang dirawat di pusat pengasingan tersebut masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan,

Seramai 580 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, sementara 22,823 orang menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Related posts

Leave a Comment