Kematian di Indonesia 1,040

JAKARTA 7 Julai – Kes Covid-19 di Indonesia semakin membimbangkan selepas mencatatkan 1,040 kematian, jumlah tertinggi direkodkan setakat ini ketika kes positif baharu meningkat kepada 34,379 kes.

Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini,  jumlah keseluruhan kematian kini meningkat kepada 62,908 orang manakala kes positif 2,379,397.

Jawa Tengah merekodkan 480 kematian diikuti Jakarta 142, Jawa Timur 155, dan Jawa Barat 67.

Bermula 3 Julai lepas hingga 20 Julai, pemerintah Indonesia mengetatkan protokol kesihatan Covid-19 dengan menguatkuasakan Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) di Pulau Jawa dan Bali.

Related posts

Leave a Comment