1,247 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 6 Julai – Arab Saudi merekodkan 1,247 lagi kes baharu Covid-19 dan 15 kematian dalam tempoh 24 jam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 494,032 oramg manakala kematian pula 7,891 orang. Menurut Kementerian Kesihatan, bagi tempoh yang sama, sebanyak 1,429 orang dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 474,368. Sebanyak 11,773 kes aktif dilaporkan di mana 1,350 dalam keadaan kritikal. Sementara itu Daerah Asir merekodkan kes tertinggi iaitu 273, diikuti daerah Timur 234, Makkah 220, dan Riyadh 206.

Read More

Jangkitan harian hampir 30,000

JAKARTA 5 Julai – Indonesia sekali lagi merekodkan kes harian tertinggi apabila angka jangkitan menghampiri 30,000 orang dengan mencatatkan 29,745 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 2,313,829. Kes harian tertinggi sebelum ini adalah 27,913 orang yang direkodkan pada 3 Julai lalu. Bagi kes kematian pula, ia juga rekod tertinggi setakat ini dengan 558 kes menjadikan jumlah keseluruhan 61,140 orang telah meninggal dunia. Lima provinsi menambah kes baharu tertinggi iaitu Jakarta 10.903 kes, Jawa Barat 6.971, Jawa Tengah 3.447, Jawa Timur 1.543, Yogyakarta 1.465, Banten: 541 dan Nusa Tenggara Timur 461. Sementara…

Read More

50 kematian, 6,166 kes baharu

BANGKOK 5 Julai – Sebanyak 6,166 kes baharu jangkitan Covid-19 dan 50 kematian akibat koronavirus itu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Thailand meningkat kepada 289,233 kes dan 2,276 meninggal dunia.. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), 17 kematian direkodkan di Bangkok, sembilan di Nonthaburi, enam di Samut Prakan dan tiga di Chachoengsao. Dua kematian masing-masing dilaporkan di Nakhon Pathom, Narathiwat, Pattani, Songkhla dan Samut Sakhon, masing-masing satu kes di Chanthaburi, Nakhon Nayok, Nakhon Sawan, Rayong dan Suphan Buri. Bangkok turut merekodkan kes tertinggi dengan mencatatkan 1,729 kes…

Read More

13 kluster baharu dikesan

PUTRAJAYA 5 Julai – Sebanyak 13 kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan 11 daripadanya melibatkan kluster tempat kerja dan dua komuniti, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Kluster baharu itu melibatkan lapan negeri iaitu Negeri Sembilan (2), Johor (2), Sabah (2), Pahang (2), Sarawak (1), Kedah (1), Pulau Pinang (1) dan Kelantan (2). Salah satu kluster komuniti dikesan di Kampung Bechah Tembesu, Kota Bharu yang  dicetuskan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun. Kluster itu dikesan hasil saringan individu bergejala yang dijalankan di kampung berkenaan dan, kes berkenaan dilaporkan…

Read More

Kes harian terus meningkat

PUTRAJAYA 5 Julai – Kes jangkitan baharu Covid-19 terus menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 6,387 dalam tempoh 24 jam berbanding 6,045 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 785,039 kes. Daripada jumlah itu, 26/adalah kes import yang melibatkan 13 warganegara dan 13 bukan warganegara manakala 6,361 kes tempatan melibatkan 4,864 warganegara dan 1,497 bukan warganegara. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, jumlah kes sembuh pula sebanyak 4,532 dengan kumulatif 710,018 orang pulih sementara kes aktif pula sebanyak 69,447. Pada masa yang sama,  sejumlah 77 kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah korban akibat…

Read More

Pulau Pinang masuki Fasa 2 PPN

KUALA LUMPUR 5 Julai – Pulau Pinang negeri keenam memasuki peralihan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 7 Julai 2021, kata Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob. Lima negeri yang memasuki Fasa 2 mulai hari ini adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis. Menurut Ismail Sabri, keputusan itu dibuat dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara hari ini setelah meneliti nilai-nilai ambang negeri. “Peralihan fasa negeri Pulau Pinang berikutan pencapaian nilai ambang tiga indikator utama iaitu purata kes jangkitan harian selama tujuh hari di bawah nilai ambang 12.2 kes…

Read More

Serangan jantung selepas vaksinasi

SINGAPURA 5 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) sedang menjalankan siasatan  melibatkan seorang remaja lelaki 16 tahun yang mengalami serangan jantung Sabtu lalu, enam hari selepas menerima suntikan pertama vaksin Covid-19. Remaja itu sedang mengangkat berat di gimnasium sebelum rebah di rumah pada 3 Julai dan dirawat di Hospital Khoo Teck Puat sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH) dan dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi (ICU). Menurut kenyataan MoH, remaja itu menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty pada 17 Jun. Dia diperiksa oleh kakitangan jagaan kesihatan terlatih serta disahkan layak…

Read More

Selangor kekal teratas, tambah kes

PUTRAJAYA 5 Julai – Selangor menambah 348 kes baharu Covid-19 hari ini, dengan melaporkan peningkatan kes harian kepada 2,610 kes berbanding 2,262 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu 262,462 kes. Perlis pula sama seperti semalam tidak merekodkan sebarang kes baharu hari  ini. Beberapa negeri merekodkan pertambahan kes berbanding angka semalam termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak, Pahang dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Negeri-negeri lain mencatatkan penurunan kes berbanding angka semalam. Kuala Lumpur merekodkan 819 kes baharu berbanding 616 semalam, Sabah 263 (228), Sarawak 424 (365), Pahang 312 (95)…

Read More

Sembuh atasi positif di Filipina

MANILA 5 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 5,392 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,441,746. Setakat pukul 4 petang ini, angka kematian juga meningkat kepada 25,192 orang apabila 43 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia. Bagaimanapun jumlah pesakit sembuh mengatasi kes positif yang direkodkan hari ini apabila 6,477 orang pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,364,960 orang pulih atau 94.7 peratus daripada keseluruhan kes. Di samping itu sebanyak 51,594 kes aktif dilaporkan.

Read More