13 kluster baharu dikesan

PUTRAJAYA 5 Julai – Sebanyak 13 kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan 11 daripadanya melibatkan kluster tempat kerja dan dua komuniti, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Kluster baharu itu melibatkan lapan negeri iaitu Negeri Sembilan (2), Johor (2), Sabah (2), Pahang (2), Sarawak (1), Kedah (1), Pulau Pinang (1) dan Kelantan (2).

Salah satu kluster komuniti dikesan di Kampung Bechah Tembesu, Kota Bharu yang  dicetuskan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Kluster itu dikesan hasil saringan individu bergejala yang dijalankan di kampung berkenaan dan, kes berkenaan dilaporkan positif Covid-19 pada Jumaat lalu selepas mengalami gejala bermula 28 Jun lalu.

Sehingga kini seramai 22 individu sudah disaring dan daripada jumlah itu 10 individu dilaporkan positif Covid-19 termasuk sembilan kes baharu yang dikesan hari ini.

Satu lagi kluster dalam kalangan komuniti dikenali sebagai Kluster Kluster Kampung Bakong Gunung.

Sebelas kluster tempat kerja yang dikenali sebagai Kluster Industri Tech Valley Sendayan, Kluster Industri TTJ 2; Kluster Jalan Harmoni Sembilan; Kluster Jalan Sri Sulong, Kluster Lorong Berjaya dan Kluster Jalan Kayu Madang.

Turut dikesan ialah Kluster Industri Bentong Sebelas 2; Kluster Industri Jerantut Feri; Kluster Industri 121 Kuala Baram, Kluster Dah Satu Industri Kulim dan Kluster Lintang Macallum Dua.

Related posts

Leave a Comment