Serangan jantung selepas vaksinasi

SINGAPURA 5 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) sedang menjalankan siasatan  melibatkan seorang remaja lelaki 16 tahun yang mengalami serangan jantung Sabtu lalu, enam hari selepas menerima suntikan pertama vaksin Covid-19.

Remaja itu sedang mengangkat berat di gimnasium sebelum rebah di rumah pada 3 Julai dan dirawat di Hospital Khoo Teck Puat sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH) dan dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi (ICU).

Menurut kenyataan MoH, remaja itu menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty pada 17 Jun.

Dia diperiksa oleh kakitangan jagaan kesihatan terlatih serta disahkan layak untuk vaksinasi dan didapati berada dalam keadaan baik selepas tempoh pemerhatian selama 30 minit. Remaja  itu juga sihat sepanjang lima hari selepas vaksinasi .

Sebelum rebah, dia mengangkat berat di gim dan difahamkan dia berlatih angkat besi yang amat berat melebihi berat badannya.

Sementara itu Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi Covid-19 menarik perhatian  bahawa remaja berusia 16 tahun itu mengalami serangan jantung tidak lama selepas melakukan “sesi angkat berat yang lasak” di gim.

Jawatankuasa itu menasihatkan mereka yang sudah menerima mana-mana dos vaksin Covid-19 mRNA, khususnya remaja dan lelaki muda, agar mengelakkan sebarang senaman berat atau kegiatan fizikal lasak selama seminggu selepas vaksinasi.

Mereka juga harus mendapatkan rawatan perubatan semasa tempoh tersebut sekirinya mengalami sakit dada, sukar bernafas atau degupan jantung luar biasa.

Related posts

Leave a Comment