Sembuh atasi positif di Filipina

MANILA 5 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 5,392 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,441,746.

Setakat pukul 4 petang ini, angka kematian juga meningkat kepada 25,192 orang apabila 43 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia.

Bagaimanapun jumlah pesakit sembuh mengatasi kes positif yang direkodkan hari ini apabila 6,477 orang pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,364,960 orang pulih atau 94.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Di samping itu sebanyak 51,594 kes aktif dilaporkan.

Related posts

Leave a Comment