Pilihan raya umum Britain 4 Julai

LONDON: Parlimen Britain dibubarkan hari ini, menjelang pilihan raya umum (PRU) pada 4 Julai, dengan kempen lima minggu secara rasmi bermula apabila 650 kerusi ahli Parlimen (MP) kosong satu minit lewat tengah malam (2301 GMT).

Minggu pertama berkempen menyaksikan permulaan yang goyah berikutan pengumuman PRU ketika hujan membasahi Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, dengan ramai pemerhati menganggap hujan lebat sebagai petanda buruk.

Manakala parti Buruh pimpinan Keir Starmer, bekas peguam hak asasi manusia.

pula amat yakin dapat kembali berkuasa selepas 14 tahun pemerintahan Konservatif.

Sunak menetapkan PRU pada 4 Julai, bukannya lewat tahun ini, seperti dijangkakan secara meluas, dalam apa yang dikatakan pemerhati sebagai percubaan untuk mendapatkan semula momentum ketika partinya merosot dalam tinjauan pendapat.

Mengekori dua digit di belakang Buruh dalam tinjauan pendapat, parti pemerintah itu juga menghadapi penghijrahan beramai-ramai ahli Parlimen, dengan ada yang enggan bertanding lagi, sekali gus menyaksikan masa depan yang suram bagi Konservatif.

Kira-kira 129 ahli Parlimen setakat ini mengumumkan bahawa mereka tidak akan bertanding untuk pemilihan semula termasuk 77 yang mewakili Konservatif, satu penghijrahan besar yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk parti pemerintah.

Tanda-tanda perbalahan juga tersebar luas dengan seorang ahli parlimen Tory menyokong calon dari parti populis sayap kanan Reform UK di kawasannya, sebelum digantung serta-merta oleh Konservatif.

Selepas pengumuman pilihan raya, Sunak mengembara ke seluruh negara, mempromosikan Konservatif sebagai pilihan ‘selamat’.

Related posts

Leave a Comment