Selangor kekal teratas, tambah kes

PUTRAJAYA 5 Julai – Selangor menambah 348 kes baharu Covid-19 hari ini, dengan melaporkan peningkatan kes harian kepada 2,610 kes berbanding 2,262 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu 262,462 kes.

Perlis pula sama seperti semalam tidak merekodkan sebarang kes baharu hari  ini.

Beberapa negeri merekodkan pertambahan kes berbanding angka semalam termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak, Pahang dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Negeri-negeri lain mencatatkan penurunan kes berbanding angka semalam.

Kuala Lumpur merekodkan 819 kes baharu berbanding 616 semalam, Sabah 263 (228), Sarawak 424 (365), Pahang 312 (95) dan Putrajaya 25 (16).

Negeri Sembilan hari ini merekodkan 523 kes berbanding 531 semalam, Johor 324 (500), Kedah 273 (332), Perak 249 (384), Melaka 206 (290), Pulau Pinang 157 (173), Kelantan 114 (124), Labuan 71 (75) dan Terengganu 17 (54).

Related posts

Leave a Comment