Kes harian terus meningkat

PUTRAJAYA 5 Julai – Kes jangkitan baharu Covid-19 terus menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 6,387 dalam tempoh 24 jam berbanding 6,045 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 785,039 kes.

Daripada jumlah itu, 26/adalah kes import yang melibatkan 13 warganegara dan 13 bukan warganegara manakala 6,361 kes tempatan melibatkan 4,864 warganegara dan 1,497 bukan warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, jumlah kes sembuh pula sebanyak 4,532 dengan kumulatif 710,018 orang pulih sementara kes aktif pula sebanyak 69,447.

Pada masa yang sama,  sejumlah 77 kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah korban akibat Covid-19 yang dilaporkan ialah sebanyak 5,574.

Sebanyak 30 kematian dilaporkan di Selangor, masing-masing 10 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, lapan kes  di Melaka, tujuh kes di Johor, masing-masing empat kes di Kedah dan Pahang, tiga kes di Kelantan, serta satu kes di Wilayah Persekutuan Labuan.

Sementara itu , kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah 923 kes dengan 433 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment